Latar Belakang Syarikat
Bunga Tanjung Resources yang bernombor pendaftaran 002009989-V, telah ditubuhkan pada 17 Januari 2011 dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Ia adalah satu syarikat milikan tunggal yang menjalankan perniagaan didalam bidang percetakan,peralatan pejabat,pengurusan dan menjalanan program program latihan.
Bunga Tanjung Resources berpusat dan beralamat di 47-18-12, Menara Orkid, Jalan 3/48A, Bandar Baru Sentul, 51000 Kuala Lumpur, Malaysia.
Bagi memenuhi permintaan agensi agensi serta pelbagai pihak yang memerlukan perkhidmatan yang terbaik, kami di Bunga Tanjung Resources menjaminkan satu kepuasan didalam menjalankan dan melaksanakan segala permintaan yang diamanahkan.
Matlamat Syarikat
Tujuan Bunga Tanjung Resources ditubuhkan adalah menjadi pemudah cara serta melancarkan segala jenis bentuk perkhidmatan yang diamanahkan oleh badan badan atau agensi agensi yang memerlukan perkhidmatan kami.
Kepakaran Syarikat
Kepakaran syarikat kami dibahagi kepada beberapa bidang. Kami terbahagi kepada bidang percetakan, pembekalan serta pengurusan.
1. Percetakan
- Kami melakukan perniagaan percetakan didalam pelbagai jenis dan bentuk. Sebagai contoh pada kertas, pakaian, plastik dan lain lain lagi. Kualiti dijamin kerana kami menggunakan mesin pencetak yang berteknologi tinggi dan terkini.
2. Pembekalan
- Kami juga melakukan perkhidmatan pembekalan . Sebagai contoh kami menjalankan perkhidmatan pembekalan alatulis dan peralatan pejabat. Di samping itu, kami juga membekal cenderamata korporat dari pelbagai jenis.
3. Pengurusan
- Kami juga mempunyai kepakaran dan tenaga kerja yang mahir didalam aspek pengurusan program. Kami menyediakan perkhidmatan pengurusan pelbagai jenis program seperti pertandingan dan program program latihan dalaman dan luaran.
Organisasi Syarikat
Bunga Tanjung Resources di terajui oleh :-
1. Siti Hasanah Abu Samah
- Berlatar belakang sebagai pemegang Diploma Pengurusan Perniagaan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Bertindak sebagai Pengarah Urusan syarikat bagi mengurus serta melancarkan perjalanan syarikat. Memastikan segala perkhidmatan di dalam keadaan memuaskan dan berkualiti.
2. Suhaimi Sulaiman
- Berlatar belakang sebgai pemegang Diploma Sains Sukan dan Rekreasi dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan berpengalaman bekerja selama 7 tahun di dalam bidang perkhidmatan. Bertindak sebagai Pengurus Pemasaran di dalam syarikat bagi memastikan segala perkhidmatan dan bekalan yang disediakan menepati permintaan pasaran masa kini.